Sabtu, 6 Jun 2009

LAWATAN JEJAK KASIH KE SERI LAMAK, LIMA PULUH KOTA

Bismillahhirramannirrahim. Yayasan Haji Abdul Ghani mula ditubuhkan sekitar tahun 1997 atas kesedaran dalam kalangan waris tertua generasi ketiga keturunan Haji Abdul Ghani.Tahun berikutnya,satu perjumpaan ahli keluarga waris telah diadakan dengan dihadiri kira-kira 300 orang ahli di Rumah Warisan Kampung Galau.Yayasan ini telah menjadikan aktiviti perjumpaan semua waris sebagai acara tahunan yang akan diadakan selepas menjelangnya Hari Raya Aidil Adha. Pada perjumpaan 2008 yang lalu bekas pengerusi yayasan iaitu En Yusuf Othman telah mencadangkan untuk mengadakan Ekspedisi Jejak Kasih ke Desa Seri Lamak,Bukit Tinggi Sumatera Barat.Objektif lawatan itu adalah untuk menjejaki susur galur waris ahli keluarga Abdul Ghani dan menyingkap asal usul keturunan Minangkabau. Sebagai sebuah yayasan yang berasaskan Adat Perpatih,Suku Seri Lamak Minang,ekspedisi ini merupakan langkah awal untuk menelusuri kembali salasilah awal Haji Abdul Ghani yang dilahirkan pada tahun 1888. Saya Noorashid bin Omar (penulis blog ini) dan isteri,Laila Manja binti Mohd Yunus berhasrat untuk menyertai Ekspedisi ini.Disamping untuk melihat negeri orang dan mencari pengalaman baru juga untuk berehat setelah lama asyik bekerja sahaja.Kebetulan pula tarikh Ekspedisi ini hampir-hampirdengan tarikh ulang tahun perkahwinan kami yang ke 17 tahun.Eksepisi ini dari 31.Mei hingga 04 Jun 2009.Tarikh ulang tahun perkahwinan kami ialah 06.06.2009. Kami anggaplawatan ini merupakan hadiah bersama kami ulang tahun ini.
Tanggal 31 Mei 2009 Pada malam sebelum terbang ke Padang,persiapan telah dibuat.Hati begitu sayu untuk meninggalkan puteri-puteri yang kami cintai iaitu yong,angah, adik dan caca.Namun digagahkan juga hati kerana ingin mencari pengalaman.Jam 4.30 pagi angah,adik ndan Mak dang dikejutkan untuk menghantar saya suami Isteri dan kakak ke LCCT Sepang
Sampai di sana setelah menunggu beberapa minit semua ahli rombongan pun sampai.Rombongan kami terdiri daripada 31 orang ahli.Ahli-ahli ini terdiri daripada:
1.Hj Mohd Yusof Bin Othman,63 > Ketua rombongan
2.Fakarudin Bin Mohd Yusof,26
3.Hazira Hanum Bt Mohd Yusof,35
4.Hazreen Farihah Bt Mohd Asri,5
5.Mohd Hazim Amri Bin Mohd Asri,7
6.Zulhai Bin Mohd Nor Affendy,46 > Setiausaha
7.Hazami Bt Ahmad Nawawi,45
8.Paziah Bt Ahmad,48
9.Muhamad Shukri Loh Bin Abdullah,56
10.Nor Afee Bin Mohd Shukri Loh,
11.Nor Affiq Bin Mohd Shukri Loh,
12.Itam Bin Daud,58
13.Zainah Bt Maam,56
14.Muhamad Firdaus Bin Itam,11
15.Mohd Shamsul Kamal Bin Ishak,30
16.Nurhayati Bt Itam,29
17.Hafizh Asyraf Bin Mohd Shamsul Kamal,1
18.Noorashid Bin Omar,46
19.Laila Manja Bt Mohd Yunus,40
20.Abara Ahmad Bin Munir,60 > Pen.Ketua rombongan
21.Rukiah Bt Ismail,55
22.Rabiah Bt Yunus,73
23.Noorida Bt Omar,51
24.Abdullah Bin Md Yusof,79
25.Zabedah Bt Aton,71
26.Adibah Bt Mohd Yatim,48
27.Che Abd Ghani Bin Che Mood,48
28.Suhaimi Bin Rasul,75
29.Abu Hashim Bin Othman,65
30.Sallehuddin Bin Abd Wahab,57
31.Norhani Bt Mohd Som,57

Suasana di dalam Air Asia sama seperti biasa tetapi tidak bagi aku dan Isteri kerna itulah kali pertama kami menaiki kapal terbang.Rasa takut, kagum dan berdengung bercampur baur.Namun Allah itu maha penngasih dan penyayang,pemandangan berada di atas awan menghilangkan semua perasaan itu.Syukur.Maha suci Allah,indahnya pemandangan gumpalan awan berselirat dengan pelbagai bentuk.Aku dan isteri berasa takjub dan kecil sekali.Allah maha besar.Pujia-pujian buat mu Tuhan pengasas alam.
Pada pukul 8.40 pagi waktu indonesia kami sampai di lapangan terbang Padang.....ah.ah lupa pula namanya....Lapangan terbang Udara internasional Bandara Minangkabau.Isteri menghgantar SMS kepada anak sulungku......waktu di sana jam 9.30 pagi.Sekali SMS rupanya RM2.Lupa pula nak tambah nilai.Lalu aku bertekad untuk membeli Sim card Indonesia.Kami disambut oleh A'an,pemandu pelancong sepanjang lawatan kami.Dia memperkenalkan diri disamping pemandu bas kami iaitu Donny.Katanya orang minang suka singkatkan nama.Lantas kami di bawa meninggalkan lapangan terbang melalui kota padang terus ke Restoran Lamun Ombak untuk sarapan pagi.Disanalah aku membeli sim card - Mentari berharga RP15000.Sama seperti di Malaysia kena daftar juga tetapi bayaran yang dikenakan amat murah,SMS hanya 30 sen.Bercakap lala-lama baru dua atau tiga ribu rupiah....alhamdulillah tiada masalah untuk berhubung dengan anak-anak di Malaysia.Sarapan pagi nasi goreng ala minang di Restoran Lamun Ombak.Agak manis sedikit, mungkin kicapnya.Di sini Restoran atau kedai makan di panggil Rumah Makan.Selepas itu kami menuju ke Payakumboh, tempat penginapan pertama Hotel mangkuto.Kami melalui air terjun gunung Anal.Memang cantik,namum tak seindah Lata Iskandar atau Lata Kinjang Di Malaysia,negara yang ku cintai.Cuma bedanya air terjun Lembah Anal agak tinggi daripada di Malaysia.Sebentar di sana, isteriku telah membeli buah Markisa,harganya RP6000 .......dah lama tak makan.Berwarna kuning oren dalamnya berbiji-biji.Kami teruskan perjalanan melalui jalanan yang berliku dan bergaung.Air mengalir di bawah gaung penug berbatu.Cantik sekali namun ada sesuatu yang sangat menarik perhatianku.....longkang di depan rumah mereka adalah air sungai yang mengalir.Keliling rumah di penuhi dengan kolam ikan dan sawah padi diselang seli dengan tanaman sayuran seperti cili,kobis,jagung dan sebagainya hidup dengan subur. Sepanjang perjalanan itu kami lihat ada acara sambutan berkhatam al-quran secara besar-besaran.Sawah padi melaut di pandang.kaum wanitanya giat berniaga tanpa kenal erti lelah.
Selepas itu kami singgah di Rumah Gadang yang terletak di Pandai Sikek village........Cantik ukiran,sungguh berseni dan berbonjol 7 tanduk kerbau.Sempat kami bergambar bersama semua ahli rombongan.Rumah Gadang itu nampak masih gagah lagi walaupun telah berusia.Di dalamnya tersimpan sejarah keturunan Minangkabau.Anda boleh bergambar dengan memakai pakaian Minangkabau tradisional.Lantainya merupakan batang jerami yang dijalin dan syilingnya di buat daripada mengkuang.Kami tinggalkan rumah Gadang, menuju ke Pandai Sikek.....tempat mereka menenun songket.Konsep butik digunakan dan di sinilah mulanya kaum ibu membeli belah.Tidak ketinggalan juga kami dekati kebun sayur dan lautan sawah padi mereka.Memang jernih air sungai yang digunakan.Cuaca di sini agak sejuk, rasa selesa.Kami dapat melihat Gunung Merapi di cecah awan.Gunung ganang berwarna kebiru-biruan.Sampai di Hotel Mangkuto, kami melepaskan lelah.Mandi,solat maghrib dan solat ishak.Selepas solat isyak kami dibawa keluar dari hotel untuk makan malam.Hidangan tak sama seperti di Malaysia.Satu lauk satu piring.setiap lauk pasti ada santan kecuali dendeng minang ,sambal dan ayam goreng.Malam itu sempat kami singgah di Kompleks membeli belah Ramayana, untuk membeli berus gigi termurah bernilai Rp2500=RM0.85.
1 Juni.....Kami menjejaki keluarga di kampung Sarilamak. Ibu itu bernama Ibu Shamsilis (atak) seorang bekas guru pencen juga bekas bidan.Punyai 3 orang anak,Iyul Niniwati,Isnal Tamrin dan Fauzul Asni.Seorang telah meninggal dunia.Anaknya yang bernama Iyul Niniwati mempunyai seorang anak yang bernama rahmat.Walaupun sambutan tidak seberapa namun kehangatan panggilan darah amat terasa.
Carik-carik bulu ayam,lama-lama bercantum juga.
Air dicencang tidak akan putus.........
Memang ala kadar saja kehidupan mereka, tetapi mereka amat mesra.
Ibu Atak sangat terharu atas kunjungan kami kerumahnya.Diruang tamu yang sederhana besarnya itu kami duduk mengelilinginya.En Mohd Yusof Othman (Ketua rombongan) duduk disebelah kanan Ibu Atak sementara disebelah kirinya pula En Abara Ahmad (Pen Ketua rombongan)Kami mendengar ceritanya mengenai asal usul dan susur jalur keluarga Abdul Ghani yang merantau ke Negeri Sembilan.
Sungguh lancar Ibu Atak bercerita,seolah-olah ada skrip didepannya.Kekadang dia bercakap dalam bahasa Inggeris dan Belanda dengan baik.Walaupun bahasa pertuturannya bercampur baur antara minang dan melayu ,namun kami faham apa yang di maksudkannya.Begitu terasa ada persamaan walau jauh beribu batu memisahkan antara sumatera dengan Malaysia.